TEMPAT MENARIK





 Restoran Hotmas ni terletak di area kawasan lagenda heights dan bagi mereka yang ingin cuba merasai makanan yang disediakan di restoren ini maka perlulah datang awal.Selalunya kalo datang pukul 8 malam yakni waktu prime time memang ya amat ramai orang.So kalo malas nak menunggu giliran nak duduk dekat meja yang penuh maka perlulah datang awal sikit dalam kot lerah pukul 5-6 petang ka. So macam biasa bagi mereka yang mungkin blur-blur atau pun baru first time mai SP maka sedikit panduan aku berikan untuk sampai ke restoren ini.Selepas keluar saja exit tol Sungai Petani utara maka anda perlu amik kiri dan straight sampailah anda akan melalui Tesco yang mana anda akan perasan belah kiri anda, maka straight saja lagi sampai lah ke traffik light yang sebelahnya terletak bangunan PPD (pejabat pendidikan daerah).Maka dari traffic light itu anda hanya perlu amik ke kanan (anda juga akan notice kedai kain alamoda).Maka straight saja dan anda perlu take alert restoren ini sebelah kiri anda.  Selepas Sekolah Menengah Bandar Sungai Petani, Kedah Darul Aman.






Cara untuk sampai di sini mudah sahaja. Apabila ambil jalan PLUS Highway, exit di Sungai Petani (selatan). Jalan terus dan akan jumpa simpang empat. Anda mesti akan terpandang supermarket GIANT di situ. Tetapi anda perlu ambil ke Kiri. Jalan sikit lagi dan pasti akan terpandang signboard restoran ini di sebelah kanan. (macamana nk pergi ke kanan? hah..korang pandai2 lah buat u-thant ya!).



Cara nak sampai : – exit highway di tol Sg Petani Selatan. hangpa pi teruih sampai simpang empat yang ada Giant. Kat trafik light tu, hangpa belok kiri.. Dalam 2-3 km, hangpa sampai la . Restoran dia belah kiri. Landmark kat situ tempat jual kete-kete second hand”.
Apa yang spesel kat restoran nih??? Dah tentu bawal lar kot! Hahaha… Sebenarnya bawal goreng panas je, tapi simple is better, betul tak? Selain tu, ia menghidangkan gulai (curry) clayport ikan bawal, sembilang, gulai masak lemak & masak asam pari (juga dalam claypot). Lauk ini di masak hanya selepas pesanan di buat. Selain tiga signature dishes utama di atas, ada juga lauk pauk yang di goreng seperti ayam kampung, ikan bawal dll. Ia juga di goreng apabila di pesan sahaja.

No comments: